Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, October 23, 2012

Saya suka Kansai Coating.

Hye eberibodi.


Ni nak cerita sikit.

Seminggu sebelum Hari Raya Puasa, aku beli dua tong cat Kansai. Kemudian, tokey Cina tu suruh aku isi borang. Ada slogan di situ. Aku pun tulis;

Saya suka Kansai Coating kerana...
______________________________________________________________________________
(tidak melebihi 15 patah perkataan).

Aku pun dah lupa aku isi apa.
Kemudian, minggu lepas.. City Link call aku, katanya " You datang amik surat di pejabat kitorang. Kitorang nak hantar kat rumah you jauh sangat, lagi pun kat you punya area ada surat you sekeping saja. Datang aa"

Aku pun angin. Ada juga perkhidmatan macam ni.

Aku pergi cari di pekan Kulim. India tu kata area bank Muamalat. Puas aku pusing tapi tak jumpa. Kemudian, dah la tak ada siapa pun tahu di mana pejabat City Link ni. Aku tanya kedai gunting rambut pun diorang tak tahu kat mana City link tu. Padahal City Link tu tak sampai 20 meter dari kedai dia sebenarnya (lepas aku dah jumpa kedai city link tu).

Dahla aku merempit guna motor jiran aku je. Hujan renyai-renyai pulak petang tu. Aku balik dengan perasaan hampa la jugak.

Kemudian India tu call lagi.

" Bila you nak datang ambil you punya surat?"

" I dah cari la tapi tak jumpa."

"Betul ke? Kenapa you tak call?"

" I call you tak angkat"
( aku tak call pun sebenarnya. Bukan apa, cuba fikir dalam hujan-hujan macam tu, malas aku berhenti kemudian call pulak. )

" Bila you nak datang ambil?"

" Esok lusa i ambil. Penting ke dokumen tu?"

" Sini tulis important document" Katanya.



Aku round lagi pekan Kulim beberapa hari kemudian. Aku berdoa dalam hati; harap-harap bukan katalog Avon atau Elken. Mana tahu aku penat-penat pergi pekan Kulim, tengok-tengok katalog Elken. Aku kan ahli diorang.

Dipendekkan cerita, aku pun sampai kat pejabat City Link tu. Bukan pejabat, mungkin dia agen je kot. Padanla amoi gunting rambut tu tak tahu. Bila aku buka important document tu, voucher daripada Kansai Coating. Dalam tu dia tulis aku telah memenangi Voucher Philips Juice Extractor. Aku pun sengih-sengih la jugak.

Katanya lagi, anda boleh redeem di mana-mana Senheng Electric. Aku tak adalah syok sangat. Mana aku tahu rupa juice extractor tu . Kat umah aku kalau nak buat jus carrot, aku guna blender je.
Greng greng greng bunyi dia, pastu siap.

Boleh minum jugak. Tapi kadang-kadang carrot juice aku tu rasa cabai la jugak. Mak aku suka masak sambal.

Aku pun pergi ke Tesco terdekat. Aku mana familiar sangat dengan pekan Kulim ni walaupun dalam alamat aku tulis Kulim. Tak tau la kenapa. Maybe sebab aku ni anak dara pingitan kot. Tak keluar rumah (caihh).

Dahla aku baru dapat lesen kereta, jalan nak g Tesco tu naik bukit, traffic light kemudian belok kanan. 

Mencabar tu. Kebetulan masa tu hujan lebat gila, angin kuat. Berapa kali aku terkejut sebab air tersimbah kat cermin kereta tu. Vyper kereta guna yang paling laju.
Gini le ghupenye keadaan aku hari tu
                                       
Memang menduga aku yang baru dapat lesen ni (kereta manual). Aku harap voucher tu biarla berbaloi.
                                   
Dah sampai kedai elektrik Senheng, aku tunjuk voucher dengan muka slumber. Hati aku  berdebar-debar. Aku macam tak percaya bila dia angkat Philips Juice Extractor yang besar sikit daripada blender. Sebabnya aku tak pernah tengok alat perah jus ni. Maaf la aku jakun sikit bab-bab ni. Kemudian aku tengok di situ, nilai dia RM159.
 Philips Juice Extractor HR1810/ 70.

Seronok la aku. Aku tak pernah dapat barang percuma lagi selama ni. Dalam ilmu ekonomi, barang percuma ni ialah udara dll. (cis nak bagi ilmu pun kurang contoh). Sebaliknya barang ekonomi macam Philips Juice Extractor harus dibayar. Bila tak perlu bayar, seronok la daku.

 Mula-mula nak buat muka slumber. Last-last tak boleh kontrol, aku pon tersengih-sengih.
Kemudian, Cina tu tunjuk kat aku keadaan juice extractor tu. Aku pun angguk-angguk. Dalam hati aku fikir;
macam mana nak guna ni. Tak apalah, nanti balik aku tengok manual guide dia. Punyala jakun.

Seronok bukan main aku, walaupun Cina perempuan tu suruh aku tinggalkan dulu benda alah tu kat situ sementara aku nak g shopping, aku berkeras nak bawak. Akhirnya, terhegeh-hegeh aku usung kotak tu ke sana ke mari.

Rupa-rupanya ada jugak hari bertuah aku.

Sebelum balik, beli buah limau dan lemon.
Tak sabar nak buat jus.
Terima kasih Kansai Coating.
Nanti saya beli cat awak lagi.

credit pictures to google image

p/s- Aku tak tahu nak cuci macam mana.

No comments: