Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, December 8, 2012

ukhuwah plastik.

 Kata orang,
hubungan perempuan nampak rapat, pegang-pegang tangan, kongsi satu selimut.
Tapi banyak plastik.


Lelaki tak boleh pegang tangan, tak boleh mesra-mesra dengan kawan lelaki.
Nanti orang tuduh, "hee kau ni gay ke??"
Tapi mereka kurang aktiviti mengumpat.


Perempuan?
suka mengumpat.


Situasi yang aku hadapi sepanjang bergelar perempuan

 Situasi Person A & Person B mengumpat Person C,
bila Person C& Person B berdua pulak, mereka mengumpat person A.
Dan kadang kala Person A & Person C mengumpat Person B.
Di mana nilai persahabatan?
Tak ada.
Hubungan sampah.


Di Malaysia yang aku cintai ini,
perempuan yang boleh sama-sama mengumpat,
mereka berjaya membina 1 geng.
Sama ada di tempat kerja.
Mahu pun di tempat belajar.
Itulah yang mereka nak sebenarnya.
Dosa tak nampak kan...

Contoh #1

Izzati: Munirah tu sibuk memanjang..

 Shuhada: Ke buat-buat sibuk?

Izzati: Kerja cikgu je pun, bukannya perdana menteri.

Shuhada: Aku pon kerja jugak, ada anak lagi. Dia tu banyak alasan kan?

Izzati: Adik angkat kau la tu..

Shuhada : Eh, tak ingin la aku. Bukan adik kau ke?

Izzati : Oh pleeasee, bagi free pon aku tak ingin...

(ketawa menghina orang).

Seriously, Munirah pon tak ingin nak jadi adik hangkat korang.


Contoh #2

Huda : Kau perasan tak Munah tu cukur kening?

Patimah : Kenapa tak perasan pulak. Ingat dia cantik la tu cukur kening macam tu.

Huda : Eeee.. tolongla. Aku cantik lagi kot..

Patimah : Kita original, bukan macam Munah tu, nak tiru Rozita Che Wan.

Huda: Menangis Rozita weh kalau tau Munah nak tiru dia. He he he.

*************************


Kenapa Patimah dan Huda yang mulia tu tak tegur Munah dengan baik secara berdepan?

Rasa puas hati?
Rasa keyakinan diri meningkat?


Oh akulah wanita syurga yang tidak cukur kening..
Macam tu?



Sebelum Patimah dan Huda masuk syurga, kena humban dalam neraka dulu sebab mengumpat kat Munah.
Sebabnya berapa kerat manusia kat dunia ni berani mengaku kat orang yang diumpat?
"weh aku mengumpat ko dulu aku kata aku tak ingin ambik ko jadi adik angkat. aku kata ko perasan cantik"


Biasanya, orang akan minta maaf begini je
" minta maaflah atas semua kesalahan aku kat kau"
secara umum.



MAAF SEBEGITU TIDAK DIKIRA.
kalau nak minta maaf, kena terangkan secara jelas apa yang diumpat. Bukan secara umum.
Apa ustaz kat sekolah dulu tak ajar ke?


Sejujurnya, yang mengumpat tu pun bukanlah hebat.
Entah atas keyakinan apa mereka mengumpat orang lain.


Kadang-kadang,
gadis yang biasa-biasa jadi JAKI nak berkawan dengan
gadis baik-baik yang sejuk mata tengok.. (kata  lelaki tipikal Melayu)
sebab gadis baik-baik yang sejuk mata tengok suka mengumpat.
bukan mendekati dengan baik.


mereka rasa mereka  wanita syurga yang berhak letak gred ke atas wanita lain.


Wanita mulia yang rasa mulia yang suka mengumpat orang,
cuba letak diri anda di tempat orang yang diumpat.
Direndah-rendahkan..
Adakah anda akan suka?

Walaupun kita nampak hidup orang lain mudah berbanding kita yang telah berkahwin dan ada komitmen suami dan anak, cuba fikirkan.


Dia mungkin ada masalah yang kita tak nampak.
Dia mungkin dah tanggung  benda yang kita belum tentu boleh tanggung.
Pernah dengar 1 quote dalam csi:miami berbunyi;

" You' will never understand other people's life until you live through it.
So, don't judge, or you too will be judged."

Pikir-pikirkan.Wassalamu.

8 comments:

JunAina said...

Sebab nak mengelakkan umpat-mengumpat di pejabat saya lebih banyak menghabiskan masa di workstation sedniri, kalau kerja berkurangan saya ngadap internet je. kat rumah banyak habiskan masa dalam rumah dari melepak bersama jiran, paling2 saya gi rumah adik yang berdepan je. Banyak masa habis dgn anak2.

Kadang2 kita mengumpat tanpa kita sedari. Niat nak cerita2 sebenarnya benda tu jadi umpatan.

Salam ukhwah dan salam kenal.

aisyah lola cham said...

done follow your blog

.: Si BungaKopi : . said...

Juna aina,
dengan anak2 lebih hepy..tp apapun tpaksa buat kawan juga..hidup kena bmasyarakat, ye dop?


aisyah lola cam,
timakasih la folo i...saranghaeyo.

amirul hakim said...

teruskan tulis entri macam gini.very good.kdng2 kita pun tak perasan yg kita banyak mengumpat

.: Si BungaKopi : . said...

amirul hakim,
timekaseh. :)
singgah le lagi.

EL MARIACHI said...

singgah lawat blog awak..sangat cool...teruskan menulis...

nur fatin farahain said...

done follow u..sbnrnye lme dh..hi3.. :) cntik blog akak..btul pe yg akak cite tu.. ;) ni blog sye..www.brokenemerald.blogspot.com klau leh follow le..:)

.: Si BungaKopi : . said...

el mariachi,
thanks :)


nur fatin farahain,
tenkyu!
ok nt akak visit.