Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, January 7, 2010

Sedih itu normal


Hari ini rasa sedih.

 
ni spec gajah ni..
Pertama,aku rasa mata aku rabun. Dah dua malam aku rasa mata aku lain. Sekejap dekat sekejap jauh. Kata Rubiah, selamat datang ke dunia rabun.

Cerpelai betul dia. Berani dia mengetawakan aku.

Lagi satu, ini mungkin balasan untuk aku yang selalu gelakkan kakak aku dulu. Zaman jahiliyah dulu, aku suka gelakkan kakak aku kalau dia buka tudung periuk makanan panas, kemudian asap berkepuk-kepuk naik ke muka, kemudian spec dia jadi jerebu. Lagi kelakar kalau lepas jerebu dia pandang aku. Betul-betul macam mata Inspektor Gadget .

Tapi rabun aku tahap rendah lagi. Jadi, lepas ni, siapa-siapa bela arnab, beware. Jangan tuduh aku curi carrot arnab kamu pula.

Kedua, tadi dengar cerita sedih daripada seorang kawan. Kisah dia diabaikan family sewaktu kecil. Aku hampir tak dapat terima bila dia kata waktu kecil-kecil dulu, tak ada siapa nak sign buku rekod. Tunggu punya tunggu, akhirnya..

"saya sign sendiri jaaaaaaaaaaaaa"

Sedih betul aku. Kemudian, katanya, belajar pun atas usaha sendiri, langsung tidak berkomunikasi dengan adik beradik kerana jarak umur yang jauh membuatkan abang-abang beliau hanya mempedulikan hal masing-masing. Lagi, dia kata sampai cikgu buat surat untuk panggil mak ayah datang sekolah tapi tak ada siapa yang nak datang. Mujurlah dia masih belajar juga.

Kamu ingat senang belajar tanpa ada dorongan? Samalah macam sampan tanpa dayung ataupun perigi tanpa timba ataupun cawan tanpa cerek. Kalau hidup susah pun, at least kalau dapat moral support  daripada ibubapa, itu masih baik. Tapi, kalau support kewangan pun tidak, moral pun tidak, hanya diri kita semata-mata, hmmm..kalau orang yang tak berapa nak rajin macam aku, memang dah lama jadi kutu berahak.

Tapi, syukurlah dia tidak begitu. Sekurang-kurangnya, dia jadi juga orang yang berguna pada bangsa, agama dan negara ( kenapa bangsa nombor satu? Bunyinya BAN)
Kenapa aku kata begitu? Pertama, secara lahiriahnya, dia menunjukkan contoh Muslim yang baik, kedua dia bekerja jadi secara automatik, menyumbang kepada KDNK negara. Oya, dia mengundi juga (selalunya orang yang biasa susah waktu kecil enggan mengundi atas alasan bukan boleh bagi aku kaya pun). Ketiga, bila dia menunjukkan contoh Muslim yang baik, maka dia tidak memalukan bangsa dialah kan...

Tapi, agak sedih bila dengar dia ingin hidup untuk diri sendiri. Dia tidak ingin pedulikan orang lain. Buat apa? Waktu dia susah, even keluarga sendiri tidak datang tolong. Berbelas tahun hidup dengan memendam rasa. Jadi, bila besar, walaupun wajahnya tenang, tetapi dia menjadi seorang pendendam. Aku kata, yang lepas biarlah lepas, sia-sia je kita solat tapi tetap tak nak memaafkan orang.

" Saya dah kehilangan begitu banyak peluang, begitu banyak kasih sayang". Tengok, degil tu..

Memang bukan mudah untuk memaafkan orang yang membuatkan kita paling terluka. Aku pun jadi speechless seketika. Ya, sedih. Cerita dia memang sedih. Susah nak memahami bila kita tidak berada di situasi itu. Kemudian dia tak mahu lagi bercerita. Mungkin sebab aku membebel tidak kena dengan point dia.

Bila keluarga tidak mendidik dengan kasih sayang, maka jangan salahkan mereka kalau mereka tidak tahu nilai kasih sayang. Bukan semua ibu bapa itu baik. Bagi dia, keluarga telah menjadi punca terbesar kesakitan. Apa kamu nak kata kalau dengar orang kata begitu? Jadi, di situ, aku belajar lebih menyayangi keluarga aku. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat.


Buat kawan aku, hari mendung kamu telah berlalu pergi, tetapi kamu tetap akan dibayanginya jika kamu enggan memaafkan kenangan silam.

Sekian sahaja daripada specky girl baru anda.

Psst- Moga2 kita menjadi ibu bapa yang baik.

16 comments:

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

sebab tu bulan tak suka pakai spek..
kalau waktu nak basuh muka selalu terlupa spek ada kat muka...

Shukri Mohd Ali said...

bersedihlah dalam memikirkan tentang hidup yg sementara ni =)

bagus gak bersedih dgn orag sedih. walau tak dapat membantu, mungkin akan buat org sedih tu lega sikit. (oh, sy selalu buat!) hehe.

well...tangisan itu sebahagian dari peristiwa yang begitu indah~

.: Si BungaKopi : . said...

bulan,

kamu lg kelakar rupanya.

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,

saya tak suka bersedih. tp dah asam garam kehidupan kan..

Shukri Mohd Ali said...

hehe. sama la kita. cumanya, sy dah takde air mata utk dikeluarkan lagi =)

Unknown said...

biasa la tu...semua orang pernah sedih :)

.: Si BungaKopi : . said...

shukri:

hai, macam ada yg tersirat je.

.: Si BungaKopi : . said...

cik epal:

cik epal ceria je.

Shukri Mohd Ali said...

haha. kisah hidup lama. sekarang, sy berjaya berdiri dgn sendiri, setelah dulunya disepak terajang oleh mereka-mereka yg bergelar darah daging sendiri. huh =(

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,

biar betul? ni pendedahan eksklusif ni..

xapa, kita maafkan mereka baru hati kita lebih tenang kan?

definitely.me said...

huhu. sedeynye part kne sign report card sendri tu. Huuu~

Shukri Mohd Ali said...

haha.

ada sisi gelap yg org tak tahu ttg sy. kata-kata indah yg sy tulis bukan terhasil dari kegembiraan tp penderitaan. opps! itu kita sembang lain kali ya. dh jauh tersasar nih... hehe.

err...apa nama akak ya? dh lama sembang tp tak tau nama. biadap sungguh sy. huhu...

.: Si BungaKopi : . said...

Fza.ithu.Zazha ,

memang sedih. Nasib baik parents kita tak begitu kan..

.: Si BungaKopi : . said...

Shukri Mohd Ali,

tak apalah, yg berlalu biarkan pergi. nama Nurul Husna Ramli. Ops...kalau cerita death note mesti dah mati sbb bgtahu nama betul kat org. huhu..

Shukri Mohd Ali said...

hahaha. owh...panggil sy panggil kak nurul la ek. jgn risau, kalau ada death note pun, sy tak tulis nama org. sy ni spesis L jugak. hehe =P

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,

kalau nak panggil, panggil Husna atau nurul saja. boleh kan