Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, January 13, 2010

Siri Koleksi untuk diingat semula.


Namanya Shuhada. Waktu sekolah rendah, dia kawan baik aku. 
Sopan orangnya, tak macam aku. Kami selalu buat jahat sama-sama, buat baik sama-sama. Kira pahala pun lebih kurang la juga. Tapi kalau buat jahat, orang selalu tuduh aku mastermind, padahal dia ni yang cadangkan satu-satu benda tu kadang-kadang. 
Apa nak buat,  aku terima saja. Masuk sekolah menengah, dia dah makin sopan. 

Maka, tak nak join aku lagi membuat aktiviti berfaedah seperti tidur secara berjemaah. Kalau nak jalan pergi lab pun, dia dah ketinggalan di belakang akibat terlalu kecil bukaan kakinya. Akhirnya, dia join kumpulan-kumpulan ayu. Status sekarang, single n jobless. Wakaka.


Ini Huda. Dia juga kawan aku since pra sekolah juga. Sama macam Shuhada. Tapi dia ini baik sikit. Tak macam aku dan Shuhada. Kiranya perkara baik-baik dia ikut join, perkara tak baik dia tak join. Jadi, dia berjaya sikit daripada aku. Tapi dari segi sahsiah la. Dia juga yang mula-mula pakai anak tudung kat kawasan aku. Tapi anak tudung sahaja tahu. Kadang-kadang, kalau dia kayuh basikal laju-laju, terbang juga anak tudung dia. Aku jugalah yang pergi kutip. 
Status- Single dan serabut.

Ini Aliaa. Ya, dia comel orangnya. Waktu tu aku baru masuk sekolah baru. Aku berkawan dengan dia selama seminggu baru aku tahu dia juga student baru macam aku. Lepas tu, terus berkawan dan buat jahat sama-sama. 

Kena berdiri sama-sama, kena leter sama-sama, lepak tepi bumbung hostel sama-sama. Paling aku suka, kalau dia menyanyi. Memang power kalah Ning. Tapi, dia cakap tak nak jadi artis. Jadi penyanyi nasyid oklah.
Status sekarang-double dan baru tamat belajar.
 
Ini pula Shikin. Beliau banyak juga kenangannya dengan aku. Banyak juga mengajar aku itu dan ini, tapi bukan subjek sekolahlah. Subjek buat sendiri. Yang tahyul dan karut itu memang hobi. Game jumpa hantulah, game check daralah, cari nama suami dan macam-macam. Dulu waktu sekolah, kami sama-sama jadi mangsa buli. Apa lagi, terus buat report dekat ketua warden sambil nangis-nangis ( dia yang nangis, bukan aku). Nyaris-nyaris dibuang sekolah senior tu, memang tak bertamadun betul membuli aku yang tidak bersalah ni. Nasib baik Shikin baik, dia cakap kat ketua warden, cikgu, jangan panjangkan perkara ni. Cukup sekadar dia tidak buat lagi sudahlah. Aku pun kata, betul betul betul..
Status sekarang- unknown.
 
Ini Syah. Beliau junior aku. Nampak namanya? Aku panggil Syah Junior. Entah macam mana budak ni boleh terlekat dengan aku. Seperti biasa, dulu dia juga kena buli. Jadi aku jadi penyelamat la konon. Sejak itu, dia terus ikut aku seperti ekor. Tersepak batu pun nak mengadu kat aku. Kadang-kadang, dia bercerita sampai aku tertidur. Jadi, aku layankan sajalah.
 Status sekarang-double dan belajar.
 
Ha..ini Ckin. Namanya serupa dengan Shikin di atas, tetapi perangai..minta maaf cakaplah, memang jauh. Beliau memang tidak reti duduk diam. Kadang-kadang mempengaruhi sikap aku yang tenang juga. Beliau pandai banyak bahasa. Mandarin, Tamil, Siam, Arab memang dalam poketlah. English? Ehm..dah lama beliau tidak menang Oral-B. Maksud aku Spelling-B.
Sekarang, beliau sedang menghasut aku masuk nasyid. Mungkin dah lama aku tak dengarkan suara emas aku. 
Status-double dan belajar.
Ini Sakinah. Beliau sangat tenang dan serius. Eh, itu dulu. Sebelum aku kenal dia. Bila dah kenal, hanya Tuhan yang tahu ketenangannya itu ibarat air yang berkocak tiada buaya. Sekarang beliau berada di sebelah, sedang membuat tugasan dengan separuh komited. Sudah berkali-kali dia mengingatkan aku. Buat yang ini dulu, buat yang ini dulu. Aku jawab, kejaplah. Beliau hanya menjeling.
 Aku suka makan biskut dan epal beliau tapi beliau tidak kisah. 
Status-jengjeng.


Ini pula aku rasa aku berkawan dengannya sejak lahir. Sebenarnya dia yang berkawan dengan aku sejak lahir. Sebab aku tua dua tahun daripadanya. Jadi, dia lahir saja aku terus ajak berkawan. Kata aku, nice to meet you. Dia jawab, wo ye hen gaoxing renshi ni. Maksudnya, dia juga gembira bertemu aku. Kalau aku balik kampung, memang muka dialah yang aku cari. Tak susah pun, setakat laung-laung sahaja. Sebab dia jiran aku. Sejak kecil lagi impiannya nak berkawan dengan aku (iyakan ok). Jadi, aku tunaikan saja. Dulu, akulah yang sanggup bergadai nyawa sebab sanggup naik kereta yang dipandunya.
Status-prefer not to say katanya.

Linda. Aku suka kawan dengan dia sebab dia rajin and pandai masak. Jadi, kiranya aku ni commentator tetap dialah kalau dia masak. Kami sama-sama ambil kelas menjahit. Tapi malangnya, dia pandai jahit banyak baju. Aku satu jenis saja. Sebenarnya, aku malas nak tunjuk bakat terpendam. Nanti, ramai pula jatuh hati. Jadi, aku biar dia saja yang bolot semua itu. Diakan kawan, jadi aku berkorbanlah. Cuti hari tu, aku hampir jahanamkan mesih jahit dia. Dia kata, it's ok, kita kan kawan. Tapi nanti cina tu datang repair, jangan senyum saja. 
Status-Tidak tahu juga.


Ini pula Suhaida. Suaranya halus tidak terdengar. Sepanjang berkawan, hanya aku yang asyik pergi lepak di rumahnya. Bukan apa, lepak di sana boleh  makan sedap-sedap. Kalau lepak di rumah aku, belum tentu aku hidang. Eh, taklah. Aku hidang terlalu banyak. Jadi, diet beliau terganggu kalau datang rumah aku. Jadi, aku redha saja kalau dia telefon dan kata sedang buat mee. Maksudnya nak suruh aku pergilah tu.
Status-TTM

Ini semua bukan ada apa-apa, cuma ingatan aku sebagai seorang kawan. Semua dah jauh, semua dah menuju arah yang berbeza. 

Kadang-kadang lupa untuk balas mesej mereka. Kadang-kadang lupa wish untuk birthday mereka. Kadang-kadang juga lupa janji aku pada mereka. Jadi di sini, aku tahu separuh daripada kamu sedang baca. Aku minta maaf hokey. Malas nak tunggu raya. Maklumlah, aku boleh mati bila-bila. Buat kawan-kawan lain yang sedang baca, tulis nama. Nanti aku buat review pasal kamu pula.

27 comments:

Shukri Mohd Ali said...

err...sy undi utk shuhada dan linda.

(eh, ke, salah temapat letak komen ni???)

Unknown said...

ramai kawan dia :)

Mr. Pok Pek said...

husna tiru konsep ak....argggghhh..kenape ini bleh berlaku...tp pape pom...shuhada tu cun r...leh kenalkn tuk aqem jr tak??haha

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,

mengundi nak buat isteri tak boleh ye.

cik epal..

ada lagi ni tak sempat nak upload.

aqem jr..

cuba ko cakap kt maner aku tiru ko? ketuk kang..jangan menggatal.xnak aku sekampung ngan ko.

Shukri Mohd Ali said...

haha. sy muda remaja lagi. perlu bnyk berjalan mencari ilmu dan amal, baru bleh pimpin org =)

kan? kan? kan?

*nk undi husna bleh? hehe...*

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,

ya ya muda lg. banyak mencari ilmu dulu k.

nak undi? buleh belah. haha

Mr. Pok Pek said...

ala...ko pom taw kan, ak nie baek..ak xpernah ag ade awek taw..try je nk ngorat..tut2 terkena bini org..tu yg ak frust nonggeng nie..ak suke org kedah taw..kedah+kelantan ok r tu..lg2 duk skampung ngan ko..bleh ko jd akak ak...bleh la..bleh laa ek..hahaha

.: Si BungaKopi : . said...

aqem jr,

haha..sori ar. .kawan aku suka orang dekat jerk

Shukri Mohd Ali said...

org ikhlas nk undi, dia suruh belah. huhu. hancur hati ini. jadi serbuk lalu diterbangkan angin ke planet pluto. kat sana terbakar oleh hentaman komet. jadi debu pastu tersedut dlm blackhole. huh. sgt keciwa. huahuahua =D

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,
tinggi bahasa tu. suka suka. boleh tiru esok2.(^_^)

Shukri Mohd Ali said...

begitu la org klau keciwa. huhu =)

tak bleh tiru. kena bagi shukri undi husna dulu. huahuahua =D

Husna Hadzarami said...

ni macam perlu buat juga je post ni. post mengenang rakan2 lama :)

.: Si BungaKopi : . said...

Husna Hadzarami,

Best juga buat entri mcm ni. hehe

Shukri,

umur berapa ya? Umur sndiri tak ingat.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

mengimbau kembali kenangan lalu.. amat membahagiakan.. :D

Shukri Mohd Ali said...

25. ok tak? =D

.: Si BungaKopi : . said...

Ahmad Zulfadhli,

memanggg..skali.

shukri,

ehm, hari tu rasanya 19.

Anonymous said...

saya tertarik kat linda.. muke natural,mcm gadis tnpa dose je..

-abeza-

Anonymous said...

saya tertarik kat linda.. muke natural,mcm gadis tnpa dose je..

-abeza-

.: Si BungaKopi : . said...

abeza,

wah2..nanti aku cakap kat die

Anonymous said...

err.. xpyah la.. bia aku sndri yg bgtau.. meh no tpon die..
lalala..

-abeza-

Shukri Mohd Ali said...

haha. tak jadi. baik lebihkn sikit. lebih ingat akan mati dan akhirat. kan? kan? kan? =)

yg betul 20 la. huhu...

.: Si BungaKopi : . said...

abeza,

ehm, bukan ke ko dah ada?? takpe, aku baik, biar aku je ckp kat die k


shukri,

owh............baru 20 rupanyaaaaa.

Shukri Mohd Ali said...

wah, pnjangnya 'owh' tu! =D

Mr. Pok Pek said...

sampai hati...tp pape pom suhada blom mengenali diri ini...bila kenal cinta antara benua pom tidak mustahil bleh berlaku..huhuhuhu...inilah penangan cinta aqem jr...hahahaha

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,

perli ni.

aqem jr.

xada benda lain dlm kepala ko. cinta3...
ish3...

Mr. Pok Pek said...

biase laa..hidup kite xkan pernah lari dari chenta...ko xpernah bercintakah?? sungguh malang...hehehehe

.: Si BungaKopi : . said...

aqem jr,

aku bercinta lepas kahwin