Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, February 22, 2010

Kisah Geraham yang degil dan bayi yang tiada gigi

Tujuan aku menaip di sini ada DUA SEBAB. 


Pertama ingin bermanja dengan kamu semua.
Kedua, ingin menghebahkan berita gembira.

Walaupun bukan artis, tetapi tetap nak buat glamour di sini. Aku bukan saja-saja nak bermanja, tapi hari ni gigi aku rasa sakit sedikit, bukan sebab aku malas menggosok gigi, tetapi gigi geraham aku baru sahaja tumbuh. Bayangkan, umur 22 tahun tapi geraham bongsu ni baru tumbuh.
 Gigi aku lebih bersih daripada yang ini tau

Yang sakitnya, sebab gusi aku ni degil, maka geraham bongsu dan gusi ni bergaduh-gaduh. Dua-dua degil tak nak bagi laluan antara satu sama lain.

Geraham nak tumbuh tapi gusi tak nak tolerate langsung. Dia nak tutup jugak space atas gigi tu. Akhirnya, aku sebagai tuan kedua-duanya rasa agak merana juga. Sangat perlu bermanja ni. Izinkan aku meletakkan kepala di atas bahu kalian.

  Itu aku sedang meletakkan kepala di bahu Rain

Kedua, aku dapat mesej daripada seorang kawan bahawa beliau sudah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 5 pagi tadi.

Tahniah Dielaaa. Preetpetpotpot (bunyi-bunyian trumpet)


Sehari suntuk juga menahan sakit. Bayangkan, pagi semalam dia mesej aku cakap kena tahan dalam wad and dah rasa sakit sangat-sangat. Tapi pagi ni baru bersalin. Aduh, ngerinya. Dia juga benar-benar bersalin ikut due date iaitu 22 Februari 2010.

Ya, baby boy.

Nasib baik tak beli baju baby girl lagi. Kalau baby girl, shopping baju memang boleh buat kita jadi gila. Semua cute-cute. Aku tak ada banyak gambar anak Diela, ni pun cuma pic yang aku imagine saja. Cute tak?
 
Ibu ibu, ceq gatal tulang belakang


ahakahak comel tak saye?


Hai, mengancam kan saya.


Akhirnya Diela menjadi seorang ibu pada usia 22 tahun. Ok, sekian saja berita hari ini. 

P/S- Terharu melihat pengorbanan ibu saat melahirkan.

6 comments:

enyheartsdiamond said...

my name is khan best!

.: Si BungaKopi : . said...

nanti leh download..

beautiful_rose said...

owh gigi bongsu...
pertumbuhannye mmg agak menyakitkan
kesemua gigi bongsu aku da selamt tumbuh.
tp ade sedikit kecacatan pd sebatg gigi...

Husna Hadzarami said...

bukan sakit gila ke tumbuh gigi geraham?
pesal dah tua baru nak tumbuh?
haha sedap cakap org tua :P
alahai thrillnya kalau dengar cerita pasal baby2 ni..

Anonymous said...

baik ko jumpa dr gigi

aku dah terlewat nak anak pada 22... haha

.: Si BungaKopi : . said...

beautiful rose,

jom pakai braces.


husna hadzarami,

sakit tp takla sampai sakit gila. wat2 relax je.tp mmg takde mood nak makan.


ah fatt,

aku tak gemar jumpa doktor gigi. skang umo brp?