Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, February 7, 2010

Motivasi kehidupan

               sentiasa dalam ingatan

Dulu, aku cukup tidak gemar apabila diadakan program motivasi di sekolah aku. Bagi aku, program motivasi peringkat sekolah tidak pernah berjaya. Aku berkata begini berdasarkan pemerhatian aku. Bayangkan, penceramah tu datang memotivasikan kita dalam masa empat jam, kemudian nanti dapatlah aku lihat di sana-sini orang menangis-nangis. Ucapan favourite penceramah untuk membuatkan orang insaf pula lebih kurang begini :

Ibu kmu terjatuhkan pinggan semasa sedang serve customer, kemudian ibu diherdik di hadapan orang ramai, ibu tertunduk malu. Tapi esoknya ibu datang lagi bekerja, kerana memikirkan kamu yang memerlukan belanja untuk ke sekolah..tapi kamu tidak pula hanya tahu meminta. Sedangkan ibu mengikat perut..

Sedih tak? Sedih tak?
Ok, ni pun favourite juga.

Ayah membanting tulang empat kerat, and ayah terjatuh di tebing sawah. Luka kakinya, namun ayah bingkas bangun, mengelap kotoran, tergigil-gigil di sawah...tapi ayah tabah, kerana di rumah, ada kamu yang sedang lapar..( anak orang kaya macam mana? Tak termotivate la nampaknya)
Alamak, sebenarnya aku nak tulis macam lain tadi. Ok, kemudian diiringi suara mendayu-dayu dari mikrofon, ada lagu sedih macam ni pulak.

Ibu....bergenang air mataku...terbayang..wajahmu yang redup sayu...blablabla..
Kasihanilah Tuhaann, ibu yang telah melahirkan diriku....

Kemudian, aku berkata dalam hati. Best juga lagu ni. Tapi bila aku toleh kanan, toleh kiri. Tudia aih, semua tengah sok sek sok sek menangis..yang lelaki pun. Tapi aku memang tidak pernah menangis. Serius tidak pernah (maksud aku dalam program motivasilah). Ramai kawan berkata bahawa aku ini keras hati. Tapi aku rasa tidak. Aku rasa rugi untuk aku mengeluarkan air mata hanya kerana kata-kata penceramah yang diulang-ulang bagaikan skrip itu.

Ok, kemudian diringkaskan cerita, esok pun tiba. Pergi sekolah macam biasa, masuk kelas,  masih bising macam biasa, balik sekolah, budak-budak yang menangis beriya-iya semalam, masih merempit macam biasa, prestasi belajar, masih juga biasa dan ada yang merudum, ada yang naik turun naik turun macam Yo yo..

Jadi, kesimpulan aku : Program motivasi itu tidak berjaya. Kenapa? Sebab tak ada apa yang berubah. Rugi je bayar penceramah mahal-mahal. Oh ya, waktu sekolah menengah, aku ada pindah banyak sekolah, dan kebetulan penceramah yang sama dijemput. Alahai, kelakarnya aku tengok apabila penceramah tu gunakan pendekatan yang exactly the same! Ayat-ayatnya sikitpun tak berubah. Nah, menangislah kau, kawan-kawan. Aku dah bosan. 

Aku selalu mempertikaikan tindakan kakak aku yang suka mengangkut berdozen buku motivasi ke rumah. Aku tidak dapat cari kerelevanannya di situ. Bagi aku, kalau nak berubah, tak perlu buku motivasi. Tapi kakak aku pula akan mempertahankan tindakannya itu dengan 1000 hujah. Tidak mengapa.

Kemudian, satu hari tu, aku pergi ke satu program, kemudian penceramah ni cakap : Orang Islam tak perlukan buku motivasi, since dalam Al-Quran sudah ada segala-galanya. yang dapat memotivasikan kita. Penceramah ni ambil kata-kata ni daripada Sheikh Umar yang sedang buat kuliah online LIVE dari USA.

                         Mutiara yang sering kita tidak nampak

Dulu aku pernah terfikir bahawa mungkin aku salah, mungkin kita perlukan buku motivasi, tetapi sekarang tidak lagi. Di pihak aku, kadang-kadang, hanya dengan melihat keadaan sekeliling sudah boleh memotivasikan aku. Tapi, aku belum pernah menceduk motivasi daripada kitab Al-Quran. Mungkin selepas ni aku akan lebih mendalaminya. Insya'allah.
  
.:TERMOTIVASI MELIHAT PENCERAMAH DAPAT DUIT DARIPADA BERCERAMAH:.

18 comments:

Husna Hadzarami said...

ermm..
tersindir pula..
dah lama tak mengaji..
jahil lak rasa
:(

Shukri Mohd Ali said...

yang untungnya penceramah.

murid-murid?

masuk angin keluar pun angin juga.

hmmph.

.: Si BungaKopi : . said...

Husna Hadzarami,

baguslah kalau insap. Jom kita bersama meningkatkan apa yg patut.

Shukri Mohd Ali,

u always agree with me right?:)

Anonymous said...

aku rasa aku pun fikir sama mcm ko

.: Si BungaKopi : . said...

ah fatt,

dari aspek mana tu?

Shukri Mohd Ali said...

husna : because we share the same principle. hihi (^___^)

fara said...

Motivasi pling berjaya ble disogok wang. hehehe

:)

Unknown said...

Asal tak pasang je vcd dr.fadzilah kamsah.. he..he

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

tapi kenkadang kita ni..
masa tu je insaf. lepas tu buat balik.. hehehehehe

.: Si BungaKopi : . said...

shukri mohd ali,

a'ah...




ms.independent,

absolutely.



budak kampung online,

kalau awak bg free, saya pasang la.



moon death spell,

itulah masalahnya.

ayun said...

kita ajak kawan kita pegi denga ceramah motivasi skolah buat.
kawan ita cakap.

"satu ceramah xkan dapat mengubah aku. "

hua3.

.: Si BungaKopi : . said...

cik guli,

saya plak, berpuloh ceramah blom tentu mengubah sy.

nora said...

buku-buku tu banyak membantu bagi mereka yang memerlukan rangsangan dari luar..

nyah suka baca,so relevan dengan buku tu masih ada la..


tapi yah paling pantang y bg ceramah,kadang2 berlakon je.huh..

member nangis,nyah boleh je gelak2..ish3~

beautiful_rose said...

aku selalu memotivasikn diri sendiri sbb aku keras ht utk mendgr kte2 motivasi dr org.

sesekali aku bce bukju motivasi dr dr.hm tuah.aku dpt byk idea dr sane tok bantu aku bangun.

Mohd Fikri Abdullah said...

wahh berpuluh2 ceramah pon xlut jugak ka??uihh kebal jugak tu cik bunga kopi..

rasanya yang berpuluh tu xbetol2 mantap n sampai kat hati kot..tapi klu motivasi tu kena ngn cara dia fuhh...xtahu nak ckap cmana..insaf seminggu..lepas tu kembali kepada asal..hahaha

Jef Hadi said...

jeleszznye..dengan pncermah tu.msti berkepuk gila dwet dia kan.ahh.pasni nk psg cita2 jd pncrmh.then buat skrip.kumpul dwet.muahahaha!!

Anonymous said...

motivasi berlaku setiap masa..
PENGALAMAN, 2 la motivasi yang paling berkesan.. contohnye bile dapat result rendah,xkan kite xtermotivasi tok maju lebih jauh.. atau sekurang2nye stapak..
kalu penceramah motivasi bace topik ni, msti dorang kcik ati..

-abeza-

.: Si BungaKopi : . said...

alie,

setuju2.





beautiful rose,

muka ko lembut je, xsgka keras ati erk



putra faqqih,

mgkin saya kena dgr ceramah dr. fadzilah kamsah dulu kot. baru insaf.




the sastraboy,

nanti jemput saya eh.


abeza,


biarlah diorang kecik hati. muahaha