Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, March 1, 2010

Menerima Hidayah (petunjuk)

Akhir-akhir ini aku selalu guna perkataan bosan kan? Entri aku kali ini juga ada masukkan perkataan bosan. Tengok ni, baru baris kedua dah tiga perkataan bosan keluar. Masuk kali ini pula ada empat perkataan bosan. Ok ok, ini kali terakhir aku cakap, aku bosan la bila selalu sangat dengar orang cakap begini :

Bukan aku tak nak pakai tudung, tapi hidayah tak datang lagi.

Nak buat macam mana, belum dapat hidayah.

Aku memang nak pakai, tapi hidayah tak berapa nak kuat.

Umum mengetahui (amek ayat assignment) bahawa hidayah bermaksud petunjuk.

Secara pendek akalnya, orang selalu akan merujuk kepada hidayah untuk membolehkan mereka berbuat sesuatu yang tidak boleh.

Mereka ingat hidayah itu apa? Adakah datang dalam bentuk mimpi semata-mata? Betul...selalu orang ingat hidayah itu mesti datang dalam bentuk mimpi, baru nak bertaubat, baru nak berubah.

Aku tak kata aku baik, aku memang agak jauh untuk dikategorikan sebagai baik ni. Sebab, aku tahu, ramai juga orang mengumpat aku di belakang. Contohnya minggu lepas, roomate aku cakap, ada seorang budak lelaki ni, dia tanya roomate aku, 

CERITA AKU

Sakinah, roomate ko buat apa?

Sakinah jawab,
dia tengah tidur.

Budak lelaki tu balas,
Hmm, teruk la roomate mu tu (beliau orang  pantai timur)
Yang dia tahu, makan, tidur, berak, g kelas lewat, memang tak masuk book langsung..
(tak masuk book tu macam tak boleh pakai la)

Ha, kalau kamu sedih tak orang cakap macam tu kat kamu? Aku tak sedih pun, biar dia la nak cakap apa pun, dah memang aku begitu.

Bukan aku nak pergi kelas lewat, tapi bas tu yang diskriminasi aku. Huahua
 
Ok, kembali kepada tajuk hidayah ataupun petunjuk, hidayah boleh juga datang macam ni :

DIALOG SATU

Rubiah, jom pergi dengar ceramah. Sedap ooo ceramah malam ni. Ustaz yang tagline blog beliau "erti hidup pada memberi tu".

Tak nak ah, tak sedap perut ar

DIALOG DUA

ko pakai tudung tak depan abang ipar?

aku tak pakai pun.

apsal ko tak pakai? abang ipar pun aurat jugak ( ini hidayah la ni)

aku dah anggap beliau sebagai abang aku. Sudah tiada nafsu lagi.

HIDAYAH BOLEH JUGA DATANG BEGINI :

Melalui pamphlet yang kita dapat waktu tengah jalan-jalan, dalam pamphlet tu ada tulis pasal pergaulan lelaki dan perempuan misalnya,

Melalui teguran mak bapak. Aku bagi contoh :

Mak membebel,
Tak ada baju singkat lagi ke ko nak pakai? Apasal tak telanjang terus?

Alah, mak ni..tak supurting la, dulu mak pakai baju jarang boleh.

Hidayah melalui adik-adik, contohnya bila kita lihat dalam sesebuah keluarga kan, kakak yang umur 20-an pakai seksi ya amat, adik yang darjah tiga pula manis je pakai tudung bulat-bulat. Kadang-kadang bila kakak tu merengek sebab rambut jadi kering, si adik tu boleh plak jawab begini :

Tu la, kalau pakai tudung kan habuk tak lekat di rambut..

Hidayah datang dalam banyak bentuk, bukan mimpi sahaja, bukan tunggu nak pergi umrah, nak naik haji, balik tu baru nak berubah. Apa daa, tipikal betul. Contohnya blog aku ni. Walaupun teguran aku lintang pukang, tapi at least kira aku dapat pahala gak kan? kan? Aku bukan apa, rimas dan bosan bila orang jawab macam tak ada akal padahal jauh lebih berpendidikan sebenarnya. 

Aku pernah jumpa ramai orang yang pendidikan agamanya jauh lebih mantap daripada aku, tapi dengan degilnya, dengan pemalasnya, dengan seksinya, dengan hiruk pikuknya, tapi kalau cakap pasal hadis lancar je. Pernah jumpa atheis Melayu yang berpurdah. Hm, apa nak cakap kalau mereka lebih terer berhujah daripada aku.

Ok, kembali kepada hidayah, ada satu kes ni, agak kelakar,

abang ipar tegur adik ipar:
eh, ko dah tak pakai tudung?

adik ipar jawab,
I bukan baik macam bini u. Bini u baik, I ni blacksheep of the family..

abang ipar,
orite, nanti jawab begitu depan Allah.

Ok kawan-kawan, itu sahaja entri kali ni. Akhirnya tercapai juga hajat aku nak buat entri pasal hidayah. 
P/S-Lihat, hidayah datang..

8 comments:

Anonymous said...

lagi ayat biasa dengar orang cakap,
1) "Ai tak suka hipokrit, lebih baik jadi diri sebenar daripada berpura2".

2) "Pakai tudung bukan bermakna baik, ada je yg pakai tudung tapi beromen bagai".. adeyy, yang teruk gak yang dia tekankan..

tah apa2 la..

najihah said...

Setuju2..hidayah itu milik Allah..memang benar..tapi bukan bermakna kita perlu tunggu hidayah datang sampaikan kita tak perlu cari pun petunjuk Allah tu..

Allah pun ada berfirman dlm surah Ar-Rad
"Allah tak ubah suatu kaum tu,melainkan kaum itu sendiri mengubahnya'

info menarik,
:)

.: Si BungaKopi : . said...

Husna,

tepat skali. pesal aku leh lupa statement mcm tu utk dimasukkan.



tukang kata,

marilah kita bersharing-sharing

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

nk cakp ape ye...........


.......................

al-mankaraqi said...

artikel yang bagus.......terima kasih.

.: Si BungaKopi : . said...

moon bloody spell,
buat titik2 tu pun dah ok.

al-mankaraqi,
sama2.

Anonymous said...

patut la join nasyid.. mesti sebab da dapat hidayah ni..

-abeza-

.: Si BungaKopi : . said...

abeza,
aku masuk nasyid sbb nak stay kolej.kalau aku masuk dikir barat ko tekejut plak.