Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, April 9, 2010

Kisah budak innocent

                                          Dakulah perempuan melayu terakhir

Hari ini bercerita tentang Wani. Wani ini  comel.
Wajahnya keanak-anakan walaupun sudah berusia 22 tahun. Aku memang suka sangat picit-picit pipi dia yang gebu tu. Kalau boleh aku nak tarik-tarik macam roti canai, tapi selalunya, cubitan mesti singgah di mana-mana bahagian tubuh.

 Aku ada satu kisah Wani yang aku nak share di sini.
Maklumlah, atas permintaan Wani. Err..

***************************************************************************************

Nama saya Wani. Hari tu Bungakopi berasa malu kerana tersilap menaiki LRT. Jadi, demi menenangkan Bungakopi, saya pun bercerita. Tapi, saya tak sangka cerita saya ini akan diterbitkan di belog ini! Owh...adakah saya bakal menjadi glamour?
http://emo.huhiho.com
Tidaklah lama, mungkin dalam setahun lepas, saya menaiki LRT bersama beberapa orang kawan. Kemudian, saya duduk bersebelahan dengan seorang auntie berbangsa Cina dan seorang anaknya yang kecil. Manakala kawan-kawan saya duduk berhadapan dengan saya. Tiba-tiba datang seorang peminta sedekah pengecheck ticket untuk memeriksa tiket kami. Kami pun masing-masing sibuk cari tiket di dalam beg, topi, kocek dan sebagainya. Sebelum ni, tak pernah pula tiket ini di check oleh sesiapa. Orang yang check ticket tersebut kemudiannya menghala kepada auntie Cina di sebelah saya. Anehnya, auntie ini mempunyai dua tiket kanak-kanak yang berwarna biru sedangkan anaknya seorang sahaja. Saya yang sedang lali-lali ayam meraba-raba tiket di dalam beg. Baru je saya nak hulurkan tiket tetapi tidak diendahkan oleh penge'check ticket. Saya seakan menggawang-gawang tiket tersebut di hadapannya tetapi tidak dipandangnya.
http://emo.huhiho.com
Tahu tak apa? Saya dianggap anak auntie tuuu. Innocent sangat ke muka saya ni?

Sewaktu saya sedang bengang kerana diketawakan kawan-kawan saya, kami hampir-hampir terlepas stesen yang sepatutnya. Kami bergegas bangun untuk keluar. Cuba bayangkan kami seperti barisan semut ya tuan-tuan. Tapi malangnya, apabila sampai giliran saya, pintu tertutup. Jadi, pintu itu mengepit kedua-dua belah bahu saya. Ini menjadikan separuh badan saya masih berada di dalam dan separuh lagi di luar. Saya yang cemas menjerit "tulongg...tulongg..selamatkan haku..selamatkan haku.." malangnya saya lihat mereka di luar mengetawakan saya yang tergapai-gapai. Saya berusaha meloloskan diri. Bahu saya berjaya lolos tetapi tersangkut dengan beg sandang saya pula. Adakah saya melepaskan beg saya?

Tidak, kerana di dalamnya ada laptop. Sewaktu kawan-kawan sedang sibuk menarik tangan saya, tiba-tiba pintu terbuka. Maka, keluarlah saya dengan perasaan lega. Bila saya menoleh ke belakang, saya melihat ramai betul yang sedang ketawakan saya di dalam LRT. Begitu juga di luar. Saya yang sedang malu dipandang orang terus berjalan silang-silang kaki ala-ala model.

Selesai bercerita kisah ini kepada Bungakopi, beliau terus ketawa terbahak-bahak di dalam komuter.
http://emo.huhiho.com

 Apa? Cerita tergantung? 

Nak tengok gambar saya? Nak tahu saya kecil ke besar?

Boley..boley..

Saya yang baju belang ye..

 =
=
=

Saya yang belah kanan yer..

=
=
=

Siapa boleh cari saya?

=
=
=
Ini saya dalam dewan kuliah yer..


Sudah-sudah. Wani ni kalau dapat upload pic kat blog aku, tak nak berhenti pula dia. Pergi balik! (halau beliau sambil tepuk punggung).

http://emo.huhiho.com
ehem-ehem- Esok pergi berjalan-jalan sampai Ahad. Tolonglah jangan rindu aku, ok.

13 comments:

definitely.me said...

hahahahahhaa!!
blom pnah lagi dgr kisah terkapit kt LRT.
ini adelah sungguh klaka ok.
sila jgn ulangi. saya juga sudah terguling2 membacenya. lalaalaaa~

HAHAHAHAHA!

Anonymous said...

Tgk gambr adik wani.. tringat satu lagu P.Ramlee -

Terbang lah burung terbang
Terbang tinggi-tinggi
Abang lah sudah sayang
Adik jauhkan diri

aduh.. msti ramai dak laki yg nyanyi lagu ni..

Igtkan cik Bunga nak cite pasal adik wani nak kena himpit nga pintu LRT..

-abeza-

Shukri Mohd Ali said...

oho...kasihan cik Wani. ta baek ketawakan dia. hukhukhuk.

selamat bercuti ye. nk rindu bleh? hihi... =P

zaty fiziaty said...

wani mmg kiut miut...
ak suka tgk beliau....heeee~

najihah said...

HAHA..

eyh...sori tergelak..

Jef Hadi said...

mula-mula.

maaf sebab tak perasan akak yang cantik lagi ayu(w/pun da bengang kat LRT,haha)dah letak saya dalam blogroll aka putaran belog.haha.

no.2.
woa.ini mesti nak jadi cikgu jugak kan?huhu.Suka lah budak laki nanti bila cikgu ni masuk kelas.Mesti tertancap je mata kat muka an.haha

Unknown said...

hye wani..
~huhu..

Husna Hadzarami said...

dia memang cantik, or dia pilih gambar sehabis cantik untuk diaplod kat sini? :P

beautiful_rose said...

hikhikhikh
kamu cube berbuat lucu ya....... =p

.: Si BungaKopi : . said...

Fza.ithu.Zazha,
kawan aku telah memernahkannya.



Abeza,
ko pun nyanyi gak kan?



Shukri Mohd Ali,
ala, cik wani tak kisah.



Zaty Fiziaty,
ye ke?



Tukang kata,
ko iklas ke tak ni..



the sastraboy
betul3, expecially pljr lelaki.




amarul,
tak dapat dah kot.



Husna Hadzarami,
kedua2nya. huhu



Beautiful Rose,
Bosan lak entri serius.

Anonymous said...

haha.. x nyanyinye.. ape da adik wani,xsesuai la gune LRT.. mase pg Jab. Meteorologi dulu pun nak kena tggal nga LRT.. nasib baek ade hero yg tlog sekat pintu benda tu. wani, mung trhutang budi nga hero tu, blanja la die makang.. :)

-abeza09-

azalia hjsalleh said...

auwwww cun cun =)

.: Si BungaKopi : . said...

abezao9,
skang dah 2010. kalau mengaku pun apa salahnyaa..


azaliahjsalleh,
a'ah. comel.