Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, November 1, 2010

Cara Sendiri untuk Hidup

Pagi-pagi begini, amatlah tidak menyenangkan kalau anda bangun dengan wajah yang masam. Seseorang pernah berkata, " fakta bahawa bila kita bangun tidur, kita akan hilang pertimbangan untuk beberapa minit. Kita akan jadi tidak boleh ditegur dan berwajah masam." 

Jadi, kawan aku yang bernama Senah tersebut pegang fakta itu menjadi prinsipnya setiap kali bangun pagi. Maka setiap pagi wajahnya akan jadi masam dan tidak boleh ditegur. Mungkinlah, aku tidak tahu imej yang tepat kerana aku tidak bertembung dengannya di waktu pagi. Apa yang anda percaya dan anda pegang, itulah prinsip anda. 

Mungkin kita memanggilnya dengan nama yang berbeza. Mungkin disebut prinsip, atau mungkin disebut pantang-larang. atau... disiplin? Apa pun, semuanya bersandarkan kepada satu maksud, iaitu meletakkan dasar dalam melakukan sesuatu.

Kadang-kadang aku terfikir, apakah nilai bagi sebuah prinsip? Mungkinkah ia berkait dengan harga diri?

Anda sungguh-sungguh berpegang dengan prinsip anda, berkata ' this is the way i am" dan saya rela dibenci kerana menjadi diri sendiri daripada berpura-pura. 

Adakah anda menganggap bahawa apabila anda mendiamkan diri, atau tidak stand on your principles, bermakna anda adalah hipokrit? Adakah anda menganggap semua prinsip anda itu adalah benar sahaja dan lebih baik daripada orang lain?

Aku hairan kenapa manusia selalu menganggap bahawa " dunia ini adalah dunia aku. Siapa nak berkawan dengan aku maka harus ikut cara aku". Ada orang yang senang-senang berkata " aku memang begini. Cakap straight forward kalau tak puas hati, apa barang condemn belakang." Adakah anda ingat orang peduli dengan prinsip anda? 

Sudahlah,  aku muak dengan prinsip-prinsip yang tidak relevan dan penuh dengan nilai pentingkan diri sendiri. Aku muak apabila prinsip-prinsip itu akhirnya terjangkit dan mengatur kehidupan aku.

Apabila kita senyap, mengalah, lembut hati walaupun sebenarnya kita tidak puas hati, bukan semuanya bermaksud hipokrit, mungkin boleh dikatakan kita lebih beradab, lebih menjaga perasaan orang, lebih rasional menghadapi situasi-situasi tertentu.. 

Tapi sebagai seorang yang berprinsip (kononnya), anda tetap ingin orang tahu bahawa 
" kalau tak tahan dengan sikap saya, then leave". 

Kita puas bila dapat meluahkan bahawa kita seorang yang berprinsip tegas. Tapi, pernahkah kita terfikir bahawa dalam kita sedang syok sendiri dengan prinsip tersebut, mungkin orang lain sedang berkata dalam hati
 " keras pedal betul minah ni" dan macam-macam lagi perkataan tidak enak.
(note: pedal adalah organ dalaman)

Betul, kadang-kadang apa yang kita sangkakan prinsip, tidak di mata orang lain. Mungkin orang lain menganggapnya sebagai kedegilan? Sedih kan? 

Tapi kalau orang menanamkan dalam hati bahawa anda adalah seorang yang bodoh sombong bagaimana? Tetapi semua itu tentulah tidak pernah disuarakan.

Bila anda sangkakan sikap keras kepala itu prinsip, walaupun anda salah.. itu bermakna anda enggan untuk berubah atau anda enggan untuk jadi flexible pada keadaan-keadaan yang memerlukan. Sebenarnya prinsip itu bagus kalau ia dapat mengawal diri anda keluar dari batasan yang sepatutnya. Sudah tentu, siapa kata tidak?Tetapi ia akan nampak bodoh jika  semua benda yang anda lakukan anda katakan based on my principles. Sebenarnya, anda cuma keras hati dan menutup kelemahan diri sendiri dengan meletakkan perkataan prinsip yang nampak macam gah dan sedap didengar. Tetapi, kerana kita adalah manusia yang subjektif sifatnya, maka teruskanlah dengan sikap anda. Tiada siapa melarang.

p/s- Bolehlah hidup di planet lain dan kendong sekali prinsip anda itu. Terima kasih.

9 comments:

beautiful_rose said...

aku tak lupa janji aku mahu belanja ko kfc dn cendol tuh.if,ko rase nak jumpe ak,just sms jerk.tp jgn ler ajak time keroje lak =p
hehehehhe.......
take care.

PearlKaz said...

saya ada mengenali seseorang.prinsip dia dan kawan2 dia adalah biar mulut laser dari hati berniat jahat. bg saya, niat jahat tidak semestinya dia akan melaksanakan niat dia. tp kalau mulut laser, kata buruk pasal org lain, saya rasa tak ada bezanya...apa yg saya tau, org itu akan mendapat dosa bila dia buat ape yg dia niatkan tu. kalau dia x buat jahat seperti niat dia, dia tak dpt lah dosa tu. insyaAllah. lebih baik mulut tu byk kan berzikir. *sigh* saya rasa prinsip mereka tu tak relevan. wallahualam.

definitely.me said...

SETUJU dgn ko wehh!!
Aku tensen btol dgn org2 pangai cmni.


" dunia ini adalah dunia aku. Siapa nak berkawan dengan aku maka harus ikut cara aku". <-- dia jgn igt dia bagus sgt smpai igt SEMUA ORANG KONON PULUN NAK KAWAN DGN DIA.

" aku memang begini. Cakap straight forward kalau tak puas hati, apa barang condemn belakang." Adakah anda ingat orang peduli dengan prinsip anda? <-- HAHA. INI TERBAIK!

aku dah mls dgn org mcm ni. T__T

.: Si BungaKopi : . said...

beautiful rose,
tq2, nnti aku tuntut.

Pearlkaz,
betol2...

fzaibrahim,
:) :)

Unknown said...

prinsip saya senang je,, kalau lapar, makan..x payah2 nak diet.. kalau penat,tido,, x perlu nak bersengkang mata..hehe

.: Si BungaKopi : . said...

Rozuan Ismail,
itu pun prinsip ke? huhuhu

hentakbelipat said...

prinsip just a way a person to delivwe to everyone that he/she is stubborn...or another word is selfish? mybe prinsip bagus jika kita gunapakai jatidiri atau pendirian.maknenye bukan macam lalang..tapi kalau prinsip as what u mention tu..mybe better ignore is the best things to do

Al said...

biasenya org yg pasan hebat slalu mcm tu
nk suh ikut cara dia je


haihhh mcm2 pangai mnusia ni
kdg2 ak gelak je sensorg tgk pangai mcm ni

.: Si BungaKopi : . said...

hentakbelipat,
ha..betul. degil la namanya.

al,
pasan hebat pon betol juga.