Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, March 29, 2011

Lari tajuk jauh gila waktu bagi ceramah ("-_-)


Bayangkan, punyalah patriotik gila sekumpulan anak gadis remaja muda belia bangun pagi-pagi kemudian bimbit buku nota dan pen sebatang. Cuaca dah lah sejuk-sejuk alam. 

Tapi sekumpulan anak remaja masih gigih+gigih giler turun pagi-pagi untuk dengar ceramah. Memang hebat kan mereka?  

Tapi hampeh bila penceramah tu boleh pulak jadi blur dan tersengih-sengih waktu bagi ceramah. Kalau lawak, tak pe.

Ini slide pon tak ada, apa pon tak ada, setakat modal air liur semata-mata. Kemudian lari tajuk, lagi nampak sangat tak ada preparation bila soalan kuiz pon buat 
on the spot. Hah.

Kan pihak penganjur dah cakap, sediakan soalan kuiz berkaitan isi ceramah... so buat la awal-awal. Ni boleh pulak pigi tanya orang-orang VIP yang duduk di kerusi berdekatan 

"nak tanye ape eh?" .LOL.

Paling aku tak tahan, tengah dia bagi ceramah yang lari tajuk dengan agak tersangkut-sangkut dan selalu berhenti-henti (sampai aku jadi seriau, doa aku, janganlah kau buat lebih teruk dari yang ni), tiba-tiba dia terdiam, kemudian dia kata..

"Begitulah semuanya sekali ada 12 ciri-cirinya"

Kawan aku tersedak dan menutup mulut, kemudian tulis dalam buku nota,

"Bila masa 12 nye???"

Kemudian aku respon dengan mengangkat bahu. 

Tak prepareee.....
keluh aku tanpa suara. 

Balas kawan aku dalam buku nota tersebut;

"Tu la pasal, aku dah detect banyak kali"



Lepas tu kami ketawa terkekeh-kekeh dengan tertahan-tahan. 
Aku pon tengok balik point-point yang aku catat, tak sampai 1/3 muka pun. Gila ah.

Tajuk ceramah tentang nabi s.a.w,

Tetapi, makin panjang ceramah makin lari fokus, makin lari ,
lari lagik dan lagik. Lebih banyak bercakap tentang aurat perempuan. Lama pulak tu.

Oh ya. Ni aku lukis semula, mungkin versi yang cantik sikit kot.err

Tak la cakar ayam sangat kan?



Kasihan tahu bila orang turun semata-mata nak dapatkan ilmu tapi tak dapat. Kecewa tahu. Sebagai student, aku tahulah memang aku fikir banyak kali sebelum turun dengar ceramah, sebab banyak masa perlu dikorbankan. Baik aku stay dalam bilik dan mengadap laptop lagi baik, tak pon search je ceramah-ceramah dalam internet. Bukannya tak ada. 

Ini bukannya kawasan kampung. Kalau di kampung memanglah, mak cik pak cik volunteer turun mesejid untuk dengar ceramah. Itu lain. Hati mak cik dan pak cik lain. Hati student lain.

Anda tahu tak amanah tu sangat besar, ramai orang mengharapkan program ceramah tu berjaya, tetapi kalau penceramahnya sendiri tak prepare betul-betul, susahlah. 

Even penceramah yang hebat-hebat pon prepare dulu sebelum berceramah, kita bukannya hebat pon sampai boleh buat ceramah secara spontan. Kalau ada, memang hebatlah. Aku tak pernah dengar lagi. Semua penceramah, kalau dia cakap secara spontan pon, at least ada point-point jugak atas kertas. Barulah tak lari tajuk.

Itu je kot.

P/S-Nak tengok gambar penceramah ke? 
Nah.


ce cari, penceramah ada kat depan tuew. 

Ni nasehat saya kepada penceramah :
-Tolong la study sebelum beri ceramah.
-Masa orang yang terbuang, boleh ganti balik kew? Boleh? Kalau boleh ajar aku, nak gak aku tahu.("^_^)

4 comments:

Shukri Mohd Ali said...

hahaha.

meh abang ceramahkan adik-adik semua :P

.: Si BungaKopi : . said...

pandai ke.....

beautiful_rose said...

jom sambung tido............

mat messi said...

abg syukri jangan ceramah lari tajuk dah la yerrr..nnti cukgu bunga tulis dalam blog ni, saya xtau..hehehe