Kalau namanya remaja,awal 20 an, biasanya akan selalu rasa hidup mereka tak berguna. Tak dihargai. Tak ada siapa nak dengar suara mereka. Betul?
Aku pulak suka membaca dan mendengar. Jadi aku selalu jumpa situasi gadis+jejaka yang baru nak start hidup dengan pelbagai masalah.
Selalu aku dengar gadis-gadis+ jejaka lingkungan umur aku memberontak tak ketahuan hala dengan hidup sendiri. Selalu aku baca ayat lebih kurang begini;
ENGLISH VERSION
I'm tired of my life and I had enough..
I'm tired of the messed up life God gave me!
I'm siccccccccccckkkk of people around me..
My life is pathetic. I'm a loser- dalam genetik tu memang dah loser kot? ahaks.
ENGLISH VERSION
I'm tired of my life and I had enough..
I'm tired of the messed up life God gave me!
I'm siccccccccccckkkk of people around me..
My life is pathetic. I'm a loser- dalam genetik tu memang dah loser kot? ahaks.
VERSI SASTERA MELAYU
Air mata ini sudah penat mengalir. Jalan hidup aku masih panjang. Jalan ini terlalu berliku untuk aku hadapinya seorang diri-siapa suruh kau jalan seorang diri. Lain kali cuba ajak kawan lain ramai-ramai.
Aku nak jadi diri sendiri. Bukan hipokrit macam sesetengah orang tueww. ada aku peduli kediri sendirian kau tu?
..atau ada juga yang luahkan ketidakpuasan melalui lagu-lagu indie, headbanging yang macam ha..hammm..pppehh tu. Contohnya lagu maharani butterfingers tu atau lagu Hate by Plain's white.
Bukan salah lagu tu, tapi kesilapan orang yang mendengarnya. Terlalu fanatik dengan lagu-lagu indie sampaikan nak mengatur hidup mestilah memberontak macam dalam lagu. Sampaikan bila jumpa orang di jalan tak nak bertegur sapa. I am lone ranger. Pigi mati la. Siapa peduli?
Berlambak-lambak pula yang salahkan orang lain, yang menyebabkan kehidupan dia jadi begitu begini pada hari ini.
Salahkan didikan family yang kurang kasih sayang, yang pilih kasih, salahkan kawan-kawan yang tak nak memahami, salahkan ex-boyfriend yang menjerumuskan diri ke lembah tak berapa nak baik.
Kenapa kenapa kenapa suka letakkan kesalahan pada orang lain?
Cuba fikir sejenak secara dalam-dalam. Teruskan menyalahkan orang lain yang tak nak memahami, tapi SAMPAI BILA? Takkan kerana orang lain tak sebulu dengan anda, anda harus korbankan masa yang merupakan umur anda itu dengan hidup yang terus-terusan memberontak dengan hati yang berat?
Sebenarnya anda enggan membuka diri anda kepada orang lain. Anda yang mengehadkan pergaulan anda dengan orang lain, sebab itu anda jadi loser.
Cuba lapangkan minda, buka hati kepada orang lain, terima orang lain tanpa prasangka, mulakan persahabatan dengan ikhlas dan jangan letakkan expectation terlalu tinggi kepada semua orang kalau anda sendiri tak mampu nak buat benda yang sama kepada orang.
Kita orang melayu ni jangan cepat sangat terpengaruh dengan budaya luar. Jangan sampai maksud lagu atau falsampah yang pelik-pelik tu mempengaruhi kehidupan seharian kita. Mereka tu tak solat, tak ada manual guide, memanglah hidup akan sentiasa berserabut, tak ketahuan hala. Kemudian mula tangkap gambar bibir merah menyala, mata bercelak tebal gila. Entah kenapa hati aku rasa berat gila bila tengok gambar-gambar macam tu.
Orang yang memberontak inginkan suara hatinya didengari. Tapi dalam dunia ni siapa yang teringin sangat nak dengar masalah anda? Semua orang ada masalah sendiri. Jangan nak menunggu ada putera impian turun dengan kuda putih ada tanduk dan menyelamatkan anda dari kawasan kemalangan.
Jangan mengharapkan akan ada perempuan minyak masak suci murni datang menghulurkan tangan ketika anda sedang terkapai-kapai. Jangan jangan jangan. Benda tu tak wujud.
Buang sikap yang suka memberontak. Try to get along with others. Memang nampak susah pada mulanya, tapi bila kita start to senyum selalu, cuba beramah walaupun skill tu memang tak ada dalam genetik, kita akan terkejut apabila mendapati orang akan menerima kita dengan hati yang suam atau maksud lain, dengan mesra.
Life is 10% what happens to you and 90% of how you react to it- Charles R. Swindoll.
Huraian
Apapun masalah yang datang, itu cuma menyumbang/memberi kesan 10 peratus kepada jalan hidup anda, lagi 90 peratus tu ialah bagaimana anda tangani masalah tersebut. Kalau anda memberontak tak ketahuan hala macam yang aku sebut di atas, maksudnya andalah yang bengong, bukan orang di sekeliling anda.
Life is what you make it.You alone have the responsibility to shape your life.
Masih nak salahkan orang lain?
Masih nak salahkan orang lain?
: all images are not mine
21 comments:
hehehe .setuju betul dengan entry nehh :) sebenaqnya kita nie yg tak reti brsyukur .. sptutnya bila dah jd sumthng tu kena la muhasabah dri balik .. bknnya salahkan org lain .. kalau tak smpai mati pun tak bole nk bljar drpd kesilapan . kan kan kannnn? hehehe
p/s : ana pom pena rsa taknak hidup . tp tu zman tak mtang lagi . ngee
hahah, comel. comel.
pandai fathiahRaihana =)
p/s- rasanya smua org penah melalui fasa yg sama kot.
qaseh lah tu 20 an hehe betul betul betul
Qaseh dalia adelia,
saya pon. hhuu
sedang ketuk2 kepala salahkan diri
to Sesumpah,
janganla camtu..huhu
hmmm apa lah korang semua ni..ada ka patut rasa macam tu..kita akan selalu akan rasa berguna n hati akan tenang bila kita letakkan agama sebagai pedoman kita..tapi entry ni menarik..lagipon ada ka manusia yang sempurna dalam dunia ni kan..cakap mmg senang tapi nak buat tu yang payah..semua orang tau benda ni x leh n benda itu haram tapi buat jugak..kan2..contohnya sembahyang, semua orang islam tau yang sembahyang tu wajib tapi ada jugak yang x menunaikannya..salah siapa??tepuk dada tanya hati..tapi jangan tepuk kuat2 lak..kang kena gi hospital plak..huhuhu
mat messi,
ye, letakkan agama sbg pedoman. pandai pon.
tp mcm biasalah... nak buat tu liat.
nice...
teng ki u al-siasah..
ana kupu kertas memang comel.
haha.
:)
bagi shukri semua perempuan comel kan..
bg cik bunga plak, semua lelaki nampak hensem kan..yelah bila bunga tg0k kumbang apa lg.. :-D
hi3..
biasa la tu fitrah kot. .
apakah.
:)
owh, itu komen balas dendamkah?
balas dendam utk apa?
hehehe..bahagia dgn telatah n karenah kwn2 yg cute..sunyi o0o idup tnpa kwn2 ni kan?..
memanglah sunyi....:)
ha awak..cuba wat ibarat skit klu xdak kwn ni sunyi..he3..bg ayat paling sempoi punya.. :))
Post a Comment