Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, March 29, 2011

Happiness. Are you HAPPY right now?

When I was 5 years old, my mom always told me that happiness was the key to life. When I went to school, they asked me what I wanted to be when I grew up.  I wrote down "happy". They told me I didn't understand the assignment and I told them they didn't understand life.
-random quotes from google.

I'm doing things that make me happy, but why do people always put me down ?Are they happy doing that? 


P/S- Maybe..maybe it can make themselves feel better.

Lari tajuk jauh gila waktu bagi ceramah ("-_-)


Bayangkan, punyalah patriotik gila sekumpulan anak gadis remaja muda belia bangun pagi-pagi kemudian bimbit buku nota dan pen sebatang. Cuaca dah lah sejuk-sejuk alam. 

Tapi sekumpulan anak remaja masih gigih+gigih giler turun pagi-pagi untuk dengar ceramah. Memang hebat kan mereka?  

Tapi hampeh bila penceramah tu boleh pulak jadi blur dan tersengih-sengih waktu bagi ceramah. Kalau lawak, tak pe.

Ini slide pon tak ada, apa pon tak ada, setakat modal air liur semata-mata. Kemudian lari tajuk, lagi nampak sangat tak ada preparation bila soalan kuiz pon buat 
on the spot. Hah.

Kan pihak penganjur dah cakap, sediakan soalan kuiz berkaitan isi ceramah... so buat la awal-awal. Ni boleh pulak pigi tanya orang-orang VIP yang duduk di kerusi berdekatan 

"nak tanye ape eh?" .LOL.

Paling aku tak tahan, tengah dia bagi ceramah yang lari tajuk dengan agak tersangkut-sangkut dan selalu berhenti-henti (sampai aku jadi seriau, doa aku, janganlah kau buat lebih teruk dari yang ni), tiba-tiba dia terdiam, kemudian dia kata..

"Begitulah semuanya sekali ada 12 ciri-cirinya"

Kawan aku tersedak dan menutup mulut, kemudian tulis dalam buku nota,

"Bila masa 12 nye???"

Kemudian aku respon dengan mengangkat bahu. 

Tak prepareee.....
keluh aku tanpa suara. 

Balas kawan aku dalam buku nota tersebut;

"Tu la pasal, aku dah detect banyak kali"



Lepas tu kami ketawa terkekeh-kekeh dengan tertahan-tahan. 
Aku pon tengok balik point-point yang aku catat, tak sampai 1/3 muka pun. Gila ah.

Tajuk ceramah tentang nabi s.a.w,

Tetapi, makin panjang ceramah makin lari fokus, makin lari ,
lari lagik dan lagik. Lebih banyak bercakap tentang aurat perempuan. Lama pulak tu.

Oh ya. Ni aku lukis semula, mungkin versi yang cantik sikit kot.err

Tak la cakar ayam sangat kan?



Kasihan tahu bila orang turun semata-mata nak dapatkan ilmu tapi tak dapat. Kecewa tahu. Sebagai student, aku tahulah memang aku fikir banyak kali sebelum turun dengar ceramah, sebab banyak masa perlu dikorbankan. Baik aku stay dalam bilik dan mengadap laptop lagi baik, tak pon search je ceramah-ceramah dalam internet. Bukannya tak ada. 

Ini bukannya kawasan kampung. Kalau di kampung memanglah, mak cik pak cik volunteer turun mesejid untuk dengar ceramah. Itu lain. Hati mak cik dan pak cik lain. Hati student lain.

Anda tahu tak amanah tu sangat besar, ramai orang mengharapkan program ceramah tu berjaya, tetapi kalau penceramahnya sendiri tak prepare betul-betul, susahlah. 

Even penceramah yang hebat-hebat pon prepare dulu sebelum berceramah, kita bukannya hebat pon sampai boleh buat ceramah secara spontan. Kalau ada, memang hebatlah. Aku tak pernah dengar lagi. Semua penceramah, kalau dia cakap secara spontan pon, at least ada point-point jugak atas kertas. Barulah tak lari tajuk.

Itu je kot.

P/S-Nak tengok gambar penceramah ke? 
Nah.


ce cari, penceramah ada kat depan tuew. 

Ni nasehat saya kepada penceramah :
-Tolong la study sebelum beri ceramah.
-Masa orang yang terbuang, boleh ganti balik kew? Boleh? Kalau boleh ajar aku, nak gak aku tahu.("^_^)

Friday, March 25, 2011

Lights go OFF for Earth Hour

Tarikh : 26 March 2011 (Megerib Esok)
Masa : 8.30 p.m


Prihatinlah terhadap kehidupan generasi akan datang.

Cape town at night

AKU dah prepare apa yang patut.
Torchlight
Berus gigi-untuk dipegang semasa ketakutan
Kunci rumah-supaya tiada orang terjah masa gelap-gelap tu.
Assignment aku- ah, takde hal la bergelap sejam je. Buka FB lagi lama

Bagaimana pula persediaan anda?

pesanan serba ringkas- Cuma tekan butang OFF takdelah susah sangat. Tarapapa kan? kan? kan?

pic : credit to google image

Thursday, March 24, 2011

Show Me Your BFF Contest

 My BFF-dari kiri : saya, Wani, Shh kin, Ciken, Diela, Fara, 
(ada dalam gambar tetapi di belakang dinding-Izan)

Dear Nurulbadiah Lai,
hemoh hemoh.
Senang hati.. ! 
(sebut macam suara Doraemon)

Saya senang hati nak kongsi-kongsi makanan saya, baju saya, tudung saya, katil, tilam, ubat gigi, syampu, colgate kumur etc etc.

Saya seorang yang berhangin jugak tetapi telah menjadi cool dan riang ria nini cokolat celup sejak adanya mereka.

Barang bersama (kerana tiada istilah tanpa izin -but in a proper way & jaga elok-elok of course)

Senang hati walaupun ada seorang dua daripada di atas suka melemparkan tuala lembap, bear busuk, klip rambut,  di atas katil saya dan akan ambil semula seminggu kemudian.

Weekend- selepas solat Subuh, mereka akan datang dan tidur satu katil berhimpit-himpit seolah-olah sedang dihipnotis. Walaupun sesak, keukhuwahhan itu sangat tinggiey-tinggiey buaiku tinggiey

Kalau terus bersama mereka sehingga akhir hayat,
mungkin saya akan mati senang hati.
(^_^)
Kesimpulannya, saya nak hadiah tu thats why lah saya masuk contest ni. 
PLIS PLIS PLIS KAMU JANGAN NAKAL.



Penaja :
                                             http://nurulbadiah.blogspot.com

Sebelah kanan itu ialah Nurulbadiah Lai, penaja dress dan shawls tersebut.
Nak! Nak! Nak! (sepanduk)
Blogger yang telah di-tag ialah :
-Beautiful Rose-
-Ernie Syafika-
-Shahira Muharam-
-Zati Fiziaty-

Monday, March 21, 2011

Rahsia di sebalik mulut itik.

                                                  Kalau budak boleh la kata kiut kiut tome rasa nak gigit gak la kan.


Puas aku fikir, kenapa kenapa kenapa?
Aku baru sahaja tengok video tutorial hijab.
Sambil bagi tutorial, mulut itik tak nak tinggal tuu.
Hilang mood aku nak belajar. Hempas laptop tanda fed-up


So, apa reasonnya buat mulut itik ni?
Kawan-kawan aku cakap nampak seksi kot (???)


Aku pun cuba la jugak. 
Manusia kan suka mencuba.
Adalah dua tiga pat lima kali aku tangkap gambar buat mulut itik.
Bila aku compare dengan gambar biasa, oooh begitu rupanya.
                                                                                    mulut itik aku. ada rasa nak lempang?


Mulut itik an an an..
berjaya cover kebughokan bibir.
Ya.


Berjaya tutup ketidaksimetrian bibir. Bibir pon ada simetri ke?
Membuatkan wajah nampak lebih kiut gitu (bweek, muntooh)
Pendek kata, mulut itik tu berjaya cover kekurangan bibir.
Ye ke?
Tapi agak-agak la kot, takkan semua gambar nak buat mulut itik.
Apa tak ada mulut normal sikit ke?
Tak takut ke tengok-tengok bila bangun tidur esok
muka jadi begini.
credit to google
Apa macam? Cun tak?
Ha buatlah lagi.. 

Saturday, March 12, 2011

Meneka kesalahan diri sendiri (muhasabah diri)

Menci. Why is life so difficult lately? Everything around me seems so (__________)I let you guess the words up there.

(pejam mata, berfikir dengan dalam sehingga ke dasar laut)
Dah dapat jawapan.
Everything happens for a reason.
Hm. Hm. (angguk) 

Mungkin ini cuma ombak kecil sebelum ombak besar datang.


Tapi aku hairanlah.
kenapa orang bila tak puas hati suka mendiamkan diri. Kononnya nak biarkan orang meneka.
Macam ni kot.

"Cuba teka. Cuba teka. Agak-agak apa salah kau pada aku? Alaaa... teka la. teka la."

Syed! Macam ha ha haha...hamm.pehhh.
Nak aku ulang?
Macam ha..ha.........mm..pehh..! kowt.

"If you're gonna be two-faced at least make one of them pretty-Marilyn Monroe.

P/S- Malunyerr bila jadikan PMS sebagai alasan untuk jadi the mood swinger.. Tak ada angin tak ada ribut tsunami pulakk derr. 

Apa aku bukan perempuan?harhar("-_-)

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Emak, Kakak, Adik angkat, Kawan-Kawan, Sepupu, Mak Ngah Aku yang Rajin Jahit Baju & Supervisor Kilang Aku (Choong)!

Sambil meringankan kepala otak, mari menelusuri beberapa pepatah tentang wanita. 
Karena Wanita (Ingin Dimengert .mp3
Found at bee mp3 search engine



"I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best."- Norma Jean Baker @ Marilyn Monroe

Beberapa pepatah tentang wanita;

1.Tangan yang menghayun buaian itu boleh menghayun dunia. Eh abang ipar aku bahagian tidurkan anak kalau ikut pembahagian tugas.

2.Di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya (hm. hm)angguk

3.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali! waaaaaaahh

4.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


P/S-Biar pon tulang aku bengkok, aku tetap bangga dilahirkan sebagai wanita.


P/S 2- Pengecualian untuk mereka yang terperangkap dalam tubuh lelaki tetapi berjiwa wanita.:p

A PLOT OF STUDENT LIFE


1
TENSI . BIASANYA AKU SETAKAT HAL KECIL-KECIL TAKDE HAL PUNYA. TAPI TENSI MAKIN BENGKAK BILA RAMAI BETUL ORANG TAG AKU RAHSIA BULAN KELAHIRAN MEREKA SAMPAI BERBELAS KALI. PENAT AKU UNTAG.




2
BERKENAAN STATUS FACEBOOK,
SEMUA ORANG UPDATE STATUS BENGANG-BENGANG MALAM NI. RAMAI BERCAKAP SOAL JODOH SECARA TERBUKA.


MUNGKIN SEKARANG NI  MUSIM MENGAWAN TAPI SEBAB DUIT TAK CUKUP LAGI KOT, MAKA TAK BOLEH KAHWIN.




3
AKU YANG BARU UPDATE STATUS MERENG-MERENG TENTANG JEMPUT-JEMPUT TERUS RASA NAK UPDATE STATUS BENGANG JUGA. 


TAPI SEBAB TAK NAK ORANG KATA AKU PATHETIC, AKU PUN POS DI WALL KAWAN AKU TENTANG STATUS AKU. DAH AKU POS BARU AKU TERFIKIR, EH EH.. NANTI KAWAN AKU INGAT AKU TUJUKAN STATUS TU DEKAT DIA?




4
KADANG-KADANG ORANG SUKA BAJET PANDAI DENGAN TANYA SOALAN MACAM-MACAM.
PADAHAL SOALAN PON DAH SALAH, MACAM MANA  NAK JAWAB? 


JANGAN MACAM TU, MEMALUKAN DIRI SENDIRI SAHAJA. 
TAK MO TAK MO.
JANGAN TUNJUKKAN KEBODOHAN DIRI SENDIRI, OK?




5.
AKU TERFIKIR,
REAKSI WAJAH AKU NI BLUR KE?
KEMAHIRAN SOSIAL AKU TERUK KE?




6.
SEKARANG AKU DAH TAHU KENAPA WANITA MEMPERJUANGKAN FEMINISME
SEKARANG AKU TAHU BAGAIMANA RASANYA APABILA WANITA DIDISKRIMINASIKAN.
CUBALAH BUAT SEHEBAT MANA PUN TAPI DIA TETAP TAK IMPRESS DENGAN KAUM AKU.




7.
YES, AKHIRNYA AKU BOLEH JUGAK BALIK KAMPUNG.
GOOD BYE, TG. MALIM.
SELAMAT TINGGAL KESENGSARAAN.


Never Give Up Nobita!


p/s- Allah Engkau dekat..penuh kasih sayang..
takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis..

Friday, March 4, 2011

Kesudahan Cerita Doraemon

Assalamualaikum.
Salam seantero dunia buat peminat-peminat siri Ang. Ang. Ang. Semoga kita semua sejahtera belaka.
Sesiapa yang masuk page ini kerana terbaca tajuk entri aku simpulkan sebagai peminat Doraemonlah, benar? Pernahkah anda terfikir kesudahan cerita Doraemon? 


The truth is...
Doraemon tiada penamatnya kerana pengasas Doraemon iaitu Fujio F. Fujiko meninggal dunia pada tahun 1996. Tetapi,  ada tiga penamat yang telah diperdebatkan oleh para peminat Doraemon (yang dihasilkan oleh peminat Doraemon sendiri).


Baiklah. 
Mari kita kaji sebentar.
1. Siapa di sini  pernah buat-buat lalu lalang depan tv sambil korek gigi waktu anak buah tengah fokus tengok cerita Doraemon sila angkat tangan!
2. Siapa pernah tengok ending Doraemon angkat tangan! Ader? Ader?


Penamat pertama oleh Nobuo Sato.
Anatomi Doraemon- pasni leh ar try cipta Doraemon


Doraemon adalah robot kucing dari abad ke-24 yang tiada telinga kerana digigit tikus dan yang  menyokongnya untuk hidup bukanlah kuih Dorayaki sebaliknya bateri yang tertanam dalam tubuhnya.


Pada suatu hari...gaya bercerita kanak-kanak
Bateri Doraemon akhirnya 'kong' dan Doraemon jadi keras beku (frozen). 
Waktu ni Nobita tengah rungsing, sian dia


Nobita ada dua pilihan untuk menghidupkan kembali Doraemon. Pilihan pertama, tukar bateri Doraemon yang akan menyebabkan semua memori Doraemon bersama Nobita kembali ke titik kosong. Pilihan kedua, tunggu technician robot yang mahir yang mampu menghidupkan kembali robot kucing tersebut satu hari nanti.


Jadi apa pilihan yang Nobita ada? Nobita kemudiannya bersumpah pada hari Doraemon telah menjadi beku tersebut untuk bekerja keras di sekolah, lulus dengan cemerlang dan menjadi technician robot yang mahir. Syahdu, Nobita akhirnya berjaya menjadi profesor robot serta sukses sebagai pengasas Al (apadia aku pon tak tahu yang ni) dan hidup bahagia selama-lamanya bersama Doraemon dan membayar hutang-hutang keturunan Doraemon iaitu penyebab utama Doraemon dihantar ke dimensi dunia manusia.


Penamat kedua
  
Rupa- rupanya Nobita menderita autisme dan semua karakter termasuklah Doraemon hanyalah khayalannya. !@#$%^&!!
Nobita hanya seorang kanak-kanak berpenyakit yang terlantar atas katil dan suka berilusi untuk mengurangkan tekanan dan kesakitannya. Reaksi peminat-peminat Doraemon, memang marah gila bila tahu ending ni. Hampeh ler. Penat je kita tengok Doraemon kan? 
Bantah ending kedua! Bantah!(sepanduk)


Penamat ketiga
Dapatkah anda terima kenyataan baca ending ketiga ini?
Nobita terjatuh dan kepalanya terhantuk di batu. Kemudian, koma pulak dan orang kata jadi human vegetable. 
Doraemon, dalam usaha untuk menyelamatkan Nobita telah menjual semuaaa peralatan dalam poket empat dimensinya itu. Cuma satu barang sahaja yang dia tak jual sebagai pilihan terakhir (tadi kata jual semua) iaitu alat yang membolehkan Nobita yang koma itu untuk pergi ke mana sahaja yang Nobita ingin pergi. 


Akhirnya, tempat yang Nobita ingin pergi adalah syurga. T_T


(selingan)
Emak   : Kenapa kau nangeh macam mati laki ni?
Aku    : Nobita ni.. dia mati srroooottt
Emak   : Tesis kau dah setat?
Aku    : ......


Mana boleh cerita yang penuh dengan semangat optimistik dan setiakawan ni berakhir begini. Tak boleh. Tak boleh.


Akhirnya, kata sepakat telah dicapai oleh peminat-peminat siri Doraemon (termasuk aku dan anda juga??) bahawa ending yang paling boleh diterima akal adalah ending yang pertama kerana ia menunjukkan nilai persahabatan antara Nobita dan Doraemon. Lihat, betapa Nobita sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan kawan baiknya :') srrooottt sroott tarik hingus


Nobita! Kawai...
watashi wa arigato te..
aishiteruuuu
Paham idak?
Tak paham tak per tak per..
sebab aku pun tak paham. Harharhar.
ending pertama : click for larger view


"Aku ingin begini
Aku ingin begitu
Impian ini impian itu
Banyak sekali impian aku
Semua impian itu
Kau jadikannya berhasil dengan poket ajaibmu
Aku ingin terbang bebas di langit " Hey, buluh terbang!" An An An
Aku suka sangat dengan kamu Doraemon
Aku sayang kamu sangat-sangat Doraemon"
sumber : Google


p/s- Curious, ending Doraemon ada tayang kat Malaysia tak?